Selamat Datang Ke Portal SKSB
MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PDF Print E-mail
Written by SK Sungai Buloh   
Thursday, 15 September 2011 01:51

 

Tempahan mengikut klasfikasi mejadan kerusi:

MEJA:
VVIP - RM 3 000
Mawar - RM 1 500
Melor - RM 1 000
Kenanga - RM 500
Kekwa - RM 300

KERUSI:
VVIP - RM 3 00
Mawar - RM 1 50
Melor - RM 1 00
Kenanga - RM 50
Kekwa - RM 30

Adalah dimaklumkan kepada Datuk, Dato', Datin, Tuan dan Puan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh akan mengadakan Majlis Jamuan Makan Malam. Butiran seperti yang tertera pada kad Jemputan.

Untuk makluman pihak Datuk, Dato', Datin, Tuan dan Puan, majlis ini diadakan untuk menjana dana PIBG bagi tujuan pengurusan seperti berikut.

  • Membantu program murid-murid di dalam bidang Kurikulum, Ko-kurikulum dan HEM.
  • Membaikpulih kerosakan peralatan bilik darjah kesan daripada banjir kilat sering melanda.
  • Membina surau sekolah.

Pihak PIBG dan SK Sungai Buloh memohon jasa baik dan kerjasama pihak Datuk, Dato', Datin, Tuan dan Puan, untuk merealisasikan program ini dengan menghulurkan sumbangan kewangan / cek kepada "Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sungai Buloh" sebelum atau pada 8 Oktober 2011 (Sabtu).

Last Updated on Thursday, 15 September 2011 02:12
 
PENGUMUMAN PDF Print E-mail
Written by SK Sungai Buloh   
Thursday, 27 January 2011 00:24

JEMPUTAN MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-31

Berhubung dengan perkara di atas, ibu bapa dan penjaga dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut akan diadakan pada:

Tarikh   : 30 Januari 2011

Hari      : Ahad

Masa     : 8.00 pagi sehingga 1.00 petang

Tempat : Dewan Buloh Perindu, SK Sungai Buloh

Agenda Mesyuarat:

1. Ucapan Pengerusi

2. Ucapan YDP PIBG

3. Ucapan Guru Besar SKSB

4. Perasmian

5. Pembentangan Minit Mesyuarat Agong ke 30

6. Pembentangan Kewangan

7. Pembentangan Usul

8. Penangguhan

 

CUTI TAHUN BARU CINA

Bermula pada Hari Rabu (2 Februari 2011) sehingga Ahad (6 Februari 2011)

Last Updated on Thursday, 27 January 2011 00:39
 
TARIKH PENTING PERSIAPAN PERSEKOLAHAN 2011 PDF Print E-mail
Written by SK Sungai Buloh   
Saturday, 04 December 2010 16:47

Perhatian kepada warga SKSB, minggu terakhir di bulan Disember merupakan waktu bertugas rasmi. Pihak pentadbir telah menyusun jadual untuk beberapa mesyuarat penting sebagai persiapan untuk sesi persekolahan bagi 2011.

  • 27 Disember 2010 - Mesyuarat Guru Kali 1
  • 28 Disember 2010 - Mesyuarat Kurikulum
  • 29 Disember 2010 - Mesyuarat Hal Ehwal Murid & Kokurikulum
  • 30 Disember 2010 - Mesyuarat Panitia-panitia
  • 31 Disember 2010 - Pendaftaran Tahun 1 & Pra Sekolah
 
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR PDF Print E-mail
Written by SK Sungai Buloh   
Saturday, 04 December 2010 16:40

ANALISIS KESELURUHAN PENCAPAIAN UPSR TAHUN 2009 & 2010

MATA PELAJARAN

2009

2010

BM (PEMAHAMAN)

92.3%

94.6%

BM (PENULISAN)

86.7%

88%

BAHASA INGGERIS

64.6%

77.6%

MATEMATIK

86.7%

87.3%

SAINS

87%

87.9%



RUMUSAN PENCAPAIAN SEKOLAH

TAHUN

2009

2010

BILANGAN CALON

181

166

BILANGAN CALON 5A

13

16

PERATUS CALON 5A

7,2%

9.6%

BILANGAN CALON LULUS

SEMUA MATA PELAJARAN

117

120

PERATUS KESELURUHAN

64.6%

72.29%

GRED PURATA SEKOLAH

2.42

2.23


TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SKSB.

Last Updated on Saturday, 04 December 2010 16:45
 
PERSEKOLAHAN GANTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI PDF Print E-mail
Written by SK Sungai Buloh   
Tuesday, 17 August 2010 03:38

Perhatian kepada ibu bapa / Penjaga murid, sekolah akan bercuti semester mulai 4 Sept hingga 12 sept 2010 dan akan mengadakan persekolahan ganti mengikut jadual berikut.

  • 13 Sept 2010 (Isnin) merupakan cuti berganti. Walau bagaimana pun telah diganti pada 24 April 2010.
  • 14 Sept 2010 (Selasa) telah diambil cuti peristiwa dan tidak perlu diganti.
  • 15 Sept 2010 (Rabu) merupakan cuti berganti. Akan diganti pada 21 Ogos 2010, menggunakan jadual hari Rabu.
  • 16 Sept 2010 (Khamis) merupakan cuti umum (1 Malaysia)

Sehubungan itu, diharap tuan/ puan dapat menghantar serta menjemput anak jagaan masing-masing ke sekolah pada hari persekolahan ganti agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Sesi persekolahan bermula seperti biasa pada 17 September 2010

Last Updated on Wednesday, 01 September 2010 08:19
 
« StartPrev123NextEnd »

Page 1 of 3

Kalendar

Waktu Sekarang